MERDEKAKAH MINDA ORANG MELAYU?

Apa erti kemerdekaan,
Bagi umat melayu kita,
Tok se trimo perubahan,
Anak cucu berputih mata,
Oghe lain dok rebut peluang,
Bangsa duduk sajo,
Masa tetap berjalan,
Sesaat tok tunggu kito,
……..

Itu adalah sebahagian daripada lagu dikir barat yang dipopularkan oleh Cikgu Naim. Lirik lagu ini menceritakan bagaimana aktiviti atau sikap orang Melayu dalam kehidupan sehariannya. Percaya atau tidak, ini adalah realitinya. Kebanyakkan orang Melayu sekarang ini lebih suka untuk duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa kerja yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri mereka. Kalau keluar sekalipun, mesti akan menghabiskan masa berjam-jam di warung kopi. Di bandar atau pun luar bandar, semuanya sama. Apa yang bezanya? Yang membezakan mereka ialah di bandar, mereka akan keluar jalan-jalan dengan alasan hendak mencari kerja. Tetapi bila terjumpa dengan member lama kononnya, pasti akan singgah di restoran. Tak ke membazir masa tu. Bagi di kampung pula, biasa la..alasan susah nak dapat kerja. Apa lagi bagun, tido..tido, bangun, perabih duit mak bapak.Golongan-golongan sebegini lebih suka menunggu bantuan daripada pihak kerajaan melalui pusat kebajikan rakyat. Sampai bila orang-orang kita hendak jadi begini? Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Merdekakah minda orang Melayu?

Kita perlu sedar bahawa orang melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Islam menuntut umatnya agar sentiasa berusaha untuk mendapatkan rezeki tanpa mengharapkan pertolongan orang lain seratus-peratus. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam firman-Nya:

“Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri merubahnya”..(surah ar-ra’du )

Berbalik kepada tajuk di atas, pemimpin kita telah menyediakan pelbagai peruntukkan seperti bantuan kewangan dan penyelidikan bagi membantu orang Melayu supaya dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Namun, sebaliknya yang terjadi. Bantuan-bantuan seperti ini lebih dimanafaatkan oleh kaum bukan bumiputra menyebabkan mereka jauh ke hadapan berbanding kita. Bila dah tak berwang, mula lah salahkan takdir. Merdekakah minda orang Melayu?

Teringat pula penulis kepada lagu kem bina Negara yang dihadiri kira-kira 2 tahun lepas di Rembau, Negeri Sembilan. Bibit-bibit lagu tersebut semacam berbunyi:
anak kecil main apiterbakar hatinya yang sepi

airmata darah bercampur keringat

bumi di pijak milik orang..,

nenek moyang kaya raya

tergadai seluruh harta benda

akibat sengketa sesamalah kita

cinta lenyap diarus zaman

indahnya bumi kita ini

warisan berkurun lamanya

hasil mengalir ketangan yang lain

peribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam

kan lenyap peristiwa semalam

tertutup la hati terkunci mati

maruah peribadi dah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa

yang akan menentukan bangsa

bersatu lah hati bersama berbakti

pulih kembali harga diri

kita sudah tiada masa

majulah dengan Maha Perkasa

jangan lah terlalai teruskan usaha

melayukan gagah dinusantara

Lagu ini pula lebih kepada megkritik sikap orang Melayu yang suka bergaduh sesama sendiri untuk merebut harta yang ditinggalkan. Macam mana orang Melayu nak maju kalau asyik berebut harta pusaka sehinggakan ada yang bergaduh walaupun adik-beradik. Statistik terkini menunjukan bahawa status sosioekonomi kaum Melayu sekarang jatuh ke tangga ketiga selepas kaum Cina dan India. Semua ini gara-gara sikap orang Melayu yang mengharapkan ihsan orang tertentu dalam menolong mereka. Jangan sampai senggeta antara kita, tanah tumpah darah kita tergadai. Merdekakah minda orang Melayu?
Sebagai tuan asal Tanah Melayu ( kini Semenanjung Malaysia ), bangsa Melayu seharusnya menjadi bangsa yang maju dan berdaya saing selaras dengan status ketuanan Melayu. Melayu suatu ketika dahulu merupakan satu bangsa yang sangat disegani oleh bangsa lain terutamanya bangsa penjajah. Ini diakui apabila terdapatnya fakta sejarah yang menunjukkan bangsa Melayu merupakan pedagang yang hebat sehinggakan Melaka menjadi sebuah pelabuhan yang menjadi kunjungan para pedagang luar siang mahupun malam. Satu lagi kejayaan bangsa Melayu ialah kebolehan Panglima Awang atau Enrique menjadi orang yang pertama belayar mengelilingi dunia. Baru-baru ini, Malaysia telah menghantar seorang angkasawan pertama negara ke ISS, biarpun penerokaan angkasa tersebut berlaangsung selama 10 hari sahaja, namu ia tetap menjadi kebanggaan kerana angkasawan tersebut merupakan bangsa Melayu. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah membuktikan ditengah-tengah kemalapan bangsa Melayu, munculnya satu bintang yang mampu member sinar kepada kegelapan tersebut.

Namun begitu, kenapa masih ramai lagi orang Melayu di luar sana yang hidupnya terumbang-ambing mencari nilai hidup sebenar? Adakah mereka sudah lupa akan tanggungjawab mereka kepada bangsa dan juga agama? Adakah mereka berasa bangga apabila kehidupan mereka berakhir di jalan raya? Pemikiran-pemikiran yang tidak matang macam inikah yang dikatakan pemikiran merdeka? Tepuk dada, tanya selera.

~ oleh meggicarefour di April 28, 2008.

Tinggalkan komen