HISH..ADA JUGAK ORANG NAK MENYAMAR JADI ORG LAIN..

•Jun 17, 2008 • Tinggalkan Komen

SALAM..PANAS SUNGGUH CUACA KAT KAMPUNG AKU NI..

DALAM PAPERS SEMALAM ADA BERITA YANG MENARIKPERHATIAN AKU. RUPANYA DATUK ALI RUSTAM PUN BOLEH TERKENA DEK PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH PENJENAYAH BLOG. SEKARANG NI DAH ADA 3 BLOG YANG DIDAFTARKAN ATAS NAMA MOHDALIRUSTAM. PELIK YA? KENAPA DIORANG NAK KENAKAN SANGAT PAK CIK TU HAH? TAKKAN SEBAB NAK TENGOK ORANG HANTAR KOMEN KOT? NTAH LA..

NASIB BAIK MEGGICAREFOUR TAKDE YANG NAK KLON..

APA ERTI MERDEKA…

•April 28, 2008 • Tinggalkan Komen

watch?v=YgwIU2lbZno

MERDEKAKAH MINDA ORANG MELAYU?

•April 28, 2008 • Tinggalkan Komen

Apa erti kemerdekaan,
Bagi umat melayu kita,
Tok se trimo perubahan,
Anak cucu berputih mata,
Oghe lain dok rebut peluang,
Bangsa duduk sajo,
Masa tetap berjalan,
Sesaat tok tunggu kito,
……..

Itu adalah sebahagian daripada lagu dikir barat yang dipopularkan oleh Cikgu Naim. Lirik lagu ini menceritakan bagaimana aktiviti atau sikap orang Melayu dalam kehidupan sehariannya. Percaya atau tidak, ini adalah realitinya. Kebanyakkan orang Melayu sekarang ini lebih suka untuk duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa kerja yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri mereka. Kalau keluar sekalipun, mesti akan menghabiskan masa berjam-jam di warung kopi. Di bandar atau pun luar bandar, semuanya sama. Apa yang bezanya? Yang membezakan mereka ialah di bandar, mereka akan keluar jalan-jalan dengan alasan hendak mencari kerja. Tetapi bila terjumpa dengan member lama kononnya, pasti akan singgah di restoran. Tak ke membazir masa tu. Bagi di kampung pula, biasa la..alasan susah nak dapat kerja. Apa lagi bagun, tido..tido, bangun, perabih duit mak bapak.Golongan-golongan sebegini lebih suka menunggu bantuan daripada pihak kerajaan melalui pusat kebajikan rakyat. Sampai bila orang-orang kita hendak jadi begini? Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Merdekakah minda orang Melayu?

Kita perlu sedar bahawa orang melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Islam menuntut umatnya agar sentiasa berusaha untuk mendapatkan rezeki tanpa mengharapkan pertolongan orang lain seratus-peratus. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam firman-Nya:

“Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri merubahnya”..(surah ar-ra’du )

Berbalik kepada tajuk di atas, pemimpin kita telah menyediakan pelbagai peruntukkan seperti bantuan kewangan dan penyelidikan bagi membantu orang Melayu supaya dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Namun, sebaliknya yang terjadi. Bantuan-bantuan seperti ini lebih dimanafaatkan oleh kaum bukan bumiputra menyebabkan mereka jauh ke hadapan berbanding kita. Bila dah tak berwang, mula lah salahkan takdir. Merdekakah minda orang Melayu?

Teringat pula penulis kepada lagu kem bina Negara yang dihadiri kira-kira 2 tahun lepas di Rembau, Negeri Sembilan. Bibit-bibit lagu tersebut semacam berbunyi:
anak kecil main apiterbakar hatinya yang sepi

airmata darah bercampur keringat

bumi di pijak milik orang..,

nenek moyang kaya raya

tergadai seluruh harta benda

akibat sengketa sesamalah kita

cinta lenyap diarus zaman

indahnya bumi kita ini

warisan berkurun lamanya

hasil mengalir ketangan yang lain

peribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam

kan lenyap peristiwa semalam

tertutup la hati terkunci mati

maruah peribadi dah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa

yang akan menentukan bangsa

bersatu lah hati bersama berbakti

pulih kembali harga diri

kita sudah tiada masa

majulah dengan Maha Perkasa

jangan lah terlalai teruskan usaha

melayukan gagah dinusantara

Lagu ini pula lebih kepada megkritik sikap orang Melayu yang suka bergaduh sesama sendiri untuk merebut harta yang ditinggalkan. Macam mana orang Melayu nak maju kalau asyik berebut harta pusaka sehinggakan ada yang bergaduh walaupun adik-beradik. Statistik terkini menunjukan bahawa status sosioekonomi kaum Melayu sekarang jatuh ke tangga ketiga selepas kaum Cina dan India. Semua ini gara-gara sikap orang Melayu yang mengharapkan ihsan orang tertentu dalam menolong mereka. Jangan sampai senggeta antara kita, tanah tumpah darah kita tergadai. Merdekakah minda orang Melayu?
Sebagai tuan asal Tanah Melayu ( kini Semenanjung Malaysia ), bangsa Melayu seharusnya menjadi bangsa yang maju dan berdaya saing selaras dengan status ketuanan Melayu. Melayu suatu ketika dahulu merupakan satu bangsa yang sangat disegani oleh bangsa lain terutamanya bangsa penjajah. Ini diakui apabila terdapatnya fakta sejarah yang menunjukkan bangsa Melayu merupakan pedagang yang hebat sehinggakan Melaka menjadi sebuah pelabuhan yang menjadi kunjungan para pedagang luar siang mahupun malam. Satu lagi kejayaan bangsa Melayu ialah kebolehan Panglima Awang atau Enrique menjadi orang yang pertama belayar mengelilingi dunia. Baru-baru ini, Malaysia telah menghantar seorang angkasawan pertama negara ke ISS, biarpun penerokaan angkasa tersebut berlaangsung selama 10 hari sahaja, namu ia tetap menjadi kebanggaan kerana angkasawan tersebut merupakan bangsa Melayu. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah membuktikan ditengah-tengah kemalapan bangsa Melayu, munculnya satu bintang yang mampu member sinar kepada kegelapan tersebut.

Namun begitu, kenapa masih ramai lagi orang Melayu di luar sana yang hidupnya terumbang-ambing mencari nilai hidup sebenar? Adakah mereka sudah lupa akan tanggungjawab mereka kepada bangsa dan juga agama? Adakah mereka berasa bangga apabila kehidupan mereka berakhir di jalan raya? Pemikiran-pemikiran yang tidak matang macam inikah yang dikatakan pemikiran merdeka? Tepuk dada, tanya selera.

PELAJAR, PTPTN & CAJ PERKHIDMATAN…..

•April 25, 2008 • Tinggalkan Komen

Akhbar UTUSAN MALAYSIA semalam ada melaporkan bahawa kerajaan akan menyemak semula caj perkhidmatan yang dikenakan kepada peminjam PTPTN. Saya sebenarnya menyambut baik langkah kerajaan untuk mengkaji semula caj tersebut. Bagi saya, caj tersebut amatlah membebankan pelajar walaupun ketua pengarah PTPTN memberitahu ianya hanya lah 3% sahaja. (Orang ada gaji besar boleh la..). Yang musykilnya, kenapa sekarang baru kerajaan sedar ia agak membebankan pelajar? Kenapa tidak dulu lagi? Adakah ini merupakah satu sandiwara kerajaan untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat khususnya para pelajar? Jawapannya ada pada mereka yang berkenaan. Saya adalah antara jutaan pelajar yang menerima wang PTPTN sebagai salah satu cara untuk membayar yuran pengajian yang semakin lama semakin meningkat di sebuah IPTS di Selangor dan mungkin inilah antara sebabnya kenapa saya tertarik untuk menulis artikel ini. Sekarang baru saya sedar betapa sakitnya apabila nak membayar balik pinjaman berserta dengan caj perkhidmatannya (caj perkhidmatan tu nama baik bagi riba la).

Itu la, dulu masa senior bagitau jangan apply PTPTN, tak nak dengar.Rupanya inilah sebabnya.ingatkan berapa sangat la 3% tu, tapi bila dah dapat duit RM66 000.00 tu baru ku mengerti nilai sebenar 3%. UTUSAN 25 APRIL pulak melaporkan bahawa Majlis Fatwa diminta untuk semak caj PTPTN. Dah terang lagi bersuluh caj tu adalah riba, buat apa nak suruh diorang semak lagi, membazir masa diorang je. Banyak lagi isu-isu yang perlu diorang fikirkan, contohnya penyelesainya kepada isu murtad di Negara Islam Hadhari yang semakin menjadi-jadi. Di bawah ini adalah tajuk keratan akhbar tersebut.

“Budak nak belajar…yang korang gi caj 3% tu buat ape?”itu antara ayat yang selalu bermain di benak fikiran saya. Rasa cam nak hentam je pemerintah yang sokong caj perkhidmatan ni. Tapi apakan daya kita ni rakyat biasa. Apa, diorang ingat kita ni kerja cop duit lepas dapat ijazah nanti? Kalau kami ni dapat kerja gaji empat, lima ribu takpe la jugak nak letak caj 3%. Eh, tak boleh..tak boleh..masih dalam kategori riba lagi. Pastu menyusahkan Majlis Fatwa pulak tu. Kejamnya diorang ni. Pernah ke diorang meletakkan diri diorang sama taraf dengan rakyat yang bergaji kurang daripada RM5000? Salami jiwa mereka macam mana nak tanggung anak bini, anak-anak dapat tawaran ke IPT? Memang la yang nak kena bayarnya anak tersebut. Tapi, mak bapak mana yang sanggup tengok anaknya kena blacklist sebab tak mampu nak bayar hutang yang banyak tu. Alih-alih mak bapak yang tolong bayarkan sikit. Kata Malaysia sebuah Negara Islam, takkan Islam tu membebankan umatnya.

Alasan diorang dulu kenapa PTPTN kenakan caj sebab PTPTN tak cukup dana, kene mintak dengan syarikat lain, syarikat tu pulak kenakan caj tinggi, jadi diorang pun kenakan caj jugak la untuk cover balik duit pinjaman tu. Minta dengan syarikat yang amalkan prinsip ISLAM HADHARI, memang la kena caj. Cuba minta dengan LEMBAGA ZAKAT ke, TABUNG HAJI ke, ataupun mana-mana syarikat yang mengamalkan prinsip ISLAM YANG SYUMUL, takde la kena caj. Tambah pula, PTPTN ni kan bawah kerajaan, kerajaan mesti banyak syarikat yang besar-besarkan? Bila syarikat besar, mesti untung banyak. Apa kata kalau untung tu sikit diberikan kepada pihak PTPTN. Confirm takde alasan nak kenakan caj punya. Ni tak, dapat untung buat projek yang hanya mendatangkan manafaat kepada warga kerajaan sahaja. Mana orang tak marah!.

Tak boleh nak biokot sangat, nanti takde penaja pulak. Hehehe. Bila dah ada penaja lain baru kita boikot. Jangan marah..nanti kene jual.
KATAKAN TAK NAK KEPADA RIBA, KATAKAN YA KEPADA ISLAM YANG HAKIKI.